Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Bandar Tun Razak
  • Utama
  • Peta Lokasi
  • Kaunselor Anda
  • Pengenalan UBK-BANTURA
  • Peta SMK Bandar Tun Razak
  • Sejarah SMK BANTURA
  • Lagu Sekolah
  • Ikrar Pelajar
  • Ke Laman SMK BANTURA
  • Perkhidmatan ditawarkan
  • Modul Kaunseling
  • Ujian Personaliti On-line
  • Kelab PRS Bantura
  • Skim Lencana Anti-Dadah (SLAD)
  • Arkib Berita / Galeri Sepanjang Tahun UBK
  • Arkib Berita UBK-Bantura
  • Komuniti Kaunseling
  • Permohonan ke IPTA / TEVT dan ILK
  • Peluang & Maklumat Kerjaya
  • Berita Terkini Pendidikan
  • Artikel Pilihan
  • e-kaunseling
  • Alumni SMK BANTURA
  • Alumni PRS BANTURA
  • Komen / Cadangan
  • Kajian On-line UBK
  • Poster Motivasi
  • Blog Rakan Kaunseling
  • Pautan Popular
  • Download
  • Koleksi Cerita dan Lawak
  • Untitled

ADA DUA WAJAH..CUBA CARI WAJAH SIAPAKAH DIA.....

Picture

LAWAK 1....

Picture
malaysia vs japan

Oh hai yo ku zai mas................MALAYSIA BOLEH !!!!...............
A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took
a Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the
speed
limit but the Jap was getting impatient.
The following is their conversation on the way to the airport.
A Toyota Camry overtook the taxi.....zoom....
Jap: Look ...look ...Toyota!! ...very fast!!!.... made in Japan!
Proton...no good.... made in Malaysia.
Driver: yah....
After a few minutes a Nissan overtook the taxi....zoom.
Jap: look.... look.... Nissan!!!..... very good!! very fast! made in
Japan!
Proton.... no good.... made in Malaysia
Driver: yah....yah...
After a few minutes a Honda overtook the taxi...zooom. !
Jap: look.... look... Honda!!.... very GOOD!!....very fast!!....made
in Japan! Proton...no good...made in Malaysia
Driver: yah...yah...yah....!
Arriving at the airport. Jap going to pay the taxi driver.
Jap: How much?
Driver: RM150/-
Jap: Oh... very expensive..... you overcharge!!
Driver: Noooo .... look .... look .... Sony meter!!....very
good!!....very fast!.... Made in Japan


LAWAK 2,,,....

Picture
  e-mail to BILL GATES

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.


2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.



3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.


4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.


5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?


6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?


7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.


8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.


9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?


10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.




Sir, how is it that your name is Gates but u are selling Windows ?


CINTA SEORANG ISTERI...

Picture
  cerita sedih @ luahan hati sorg isteri Nukilan Cerita Sedih ni Khusus Untuk Mereka Yang Nak Kawin Dan Yang Dah Berkahwin.

Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh  Nisa pada suaminya Zakri.  "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa
la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan
Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's  a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua  itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin
dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.

Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi
tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

 Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala  Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai  sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak
  jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak berrgaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih  mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin
mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati
> > Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking"  jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri
tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa
benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
sepeperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah
hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.  Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan. Nisa dah buat  nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut
iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

 Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA  KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang
mengiringinya termasuklah kembar bersama.

Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan


YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu  nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak  ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...


MESTI BACA CERITA NI...

Picture
KEMBALINYA SEBUAH KEBAHAGIAAN

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia
lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini..
Jam 2.00 pagi.

"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya."Eh! abang dah
balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang
dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan
Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya.

Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia
sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura
menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah
terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa
kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura,
"bisik hati kecilnya.

Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak
kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,
dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan
paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk
menempuh segala badai.

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas
menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan
ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum," sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke
pejabat."Waalaikumsalam, sayang," Nura cuba bermanja sambil menambah,
"abang nak kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar
pemergian suami hingga ke muka pintu.

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura," kata
Nura selepas kereta itu meluncur pergi.

Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi,"
jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dahsyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi
semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak
buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan
borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur,"
balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari
alasan
balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing,
kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang
bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku
rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi
entahlah," terang Hilmi."Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar
kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita
keluar ok?" usul Zikri."Ok," ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung
kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat
manis dia diijab-kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri
sanak saudara dan rakan terdekat.

Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi
mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya
sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi
sekarang, dia tidak punya sesiapa.

Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh
yang pendek.

Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan
itu makin menjauh.. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi.
Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?" tanya Nura 5 tahun
yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan
Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh
kasih sayang buat Nura," janji Hilmi."Walaupun kita tidak berpeluang
menimang zuriat sendiri?" tanya Nura lagi."Syyy...doktor pun manusia macam
kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada
zuriat sendiri," Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin
tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi
yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi
sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu
memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan
untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah
moden dan tradisional.

Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan
Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu
mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi
terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah
Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku
rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar
sebaliknya", terang Hilmi.
     

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri. "Entahlah Zek,
aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni
akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa
sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba
mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana
aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
 

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?". " An a k
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan
zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan
kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak
sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup," ujar Hilmi.Nura masih
menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah
saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.

Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan
mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu,
maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya
dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju
untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati
mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
kampung suami tersayangnya.

Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini...aarghh
rindunya Nura pada abang..

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah
inibersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak
pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila
dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.

Arghh tak apalah, demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan i kenapa?
Adakah kerana simapti atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua
minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati
menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang-kala teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,"adu Nura
pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call
teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni," jawapan
Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata.

Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil
cuti, bersama-sama menemani Nura.

Arrggh rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,
kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis
harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup
lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada
didepan mata setiap hari.

Aargh rindunya Nura pada abang.



Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka
mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang
dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
kelazimannya."Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah
Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
balik lambat, Nura tak berpeluang abang," ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah
pandai menjawab,",perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura
nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?" tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia,
dan dia terus bertanya, "Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk
Nura, tapi sekarang?" ujar Nura."Sudahlah Nura abang dah bosan, pening,
jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada," bantah Hilmi lagi. "Sampai
hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan
zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara
tangis anak-anak bukan?" Dan Nura terus bercakap dengan sedu
sedan."Sudahlah Nura, abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak
suka.Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa
suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon
bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun
dan maaf dari Hilmi bila dia kembali.

Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura
terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya
hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang
malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura
pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab
sudah tidak tahan lagi.

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini,
pulang abang, doa Nura.Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
jumpa kau?" tanya Zikri. "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana
boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau," tolak Nura. Pilunya
hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik
hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku boleh?" pinta Zikri .. "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama
tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju
Nura.

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh
makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".  Pilu hati Mak
Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan.

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses
untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri,
dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang."
terang Zikri..

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.

Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari
kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan
masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu,
dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji
abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak
lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji
takkan abaikan Nura," janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu
kecewa.

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak
dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan
dan mengalami pendarahan.

Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi. "Dua-dua ibu dan baby dalam
kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim
dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura," kesal
Hilmi.Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi. "Nura
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan
akan berkahwin dengan perempuan tu Nura tak sampai hati bang, Nura tak
sanggup abang malu dan keluarga abang malu," jelas Nura. "Nura sebenarnya,
abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja.
Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan
abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah
tidak lama lagi," janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau
dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa
kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila
melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua
dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang
kegugurankerana rahimnya tidak kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit
sajalah," balas Nura.

Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor,
yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia
kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat
dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura
akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.

Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi
yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab
itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat,
sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
dirasakan amat membahagiakan.Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit
sahaja.

Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
ditenangkan oleh kedua orang tuanya.

Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin
risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru. "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya
untuk selamatkan Puan Nura Ain ," terang doktor. "Apa maksud doktor?" Tanya
Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami
cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk
membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya," jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
dengan Nura. Nura hanya tersenyum.

Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat
kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah
hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia
membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu
hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum.

Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu,
dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi."Mungkin mak
Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira," pujuk Hilmi menenangkan
Nura. "Abang...tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah
Nura kenapa ni?" Hilmi! ketakutan. "Mak....tolong mak...makkkkkkkkkkk,"
Hilmi menjerit memanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital,
cepat Hilmi," perintah Mak Zaharah.

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
'dijemputNya," terang doktor.

Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak
akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis
seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang
ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus
menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya
bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata,
tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.. Semua terpaku dan
terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.

Abang yang Nura rindui,Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu
menjadi isteri abang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini,
mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan
selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa
yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah
tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat
abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura
menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil
hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa
tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan
dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya
ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan sahaja Nura redha bang.

Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi
selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha,
kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan
andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai
nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. An dai apa yang Nura
takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan
jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya
tanpa seorang ibu.

Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga
seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini
inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang
penyayang.

Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,
Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak
berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu
yang.... Nura rindukan abang......Nura rindu sangat dengan abang.....rindu
bang...rindu sangat.....

Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu,
Nura Ain Bt. Abdullah


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini
dia amat rindukan Nura Ain ...dan kini barulah dia sedar betapa
berharga sebuah kerinduan itu....
Nura........abang juga rindukanmu
sayang..bisik hati Hilmi


RENUNGKANLAH...

Picture
“Mama, salahkah aku menyintainya?

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal ku ‘bual’kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.
Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik.” ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya ‘cinta pandang pertama’ yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kitakepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkannya’ dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita : “Janganlah kalian dekati zina...” (al Isra’:32)

“ Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?” Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…” (hari Tabrani). “ Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya.

Jadi mama, apa penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang ‘teman akrab’, cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata “Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (al-Furqan”27-29). Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang ‘teman akrab’ yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (an-Naziat:40-41).

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai mama, susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah.

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah...


Free Forum
mutiara_kata.ppt
File Size: 38 kb
File Type: ppt
Download File

cd_1_mutiara_kata.ppt
File Size: 118 kb
File Type: ppt
Download File

Create a free website with Weebly